Friday 13 January 2023

APA MAKSUD ‘BERAK ATAS PUSU’ DIALEK KELANTAN

 
Berak atas pusu adalah peribahasa yang masyhur bagi rakyat negeri Kelantan. Ia merujuk kepada sikap individu yang mengambil kesempatan atas kebaikan orang lain bagi menunjukkan bahawa dia adalah yang terbaik sedangkan dia tidak berbuat apa pun.
 
Apa kaitan berak atas pusu untuk dikaitkan dengan maksud peribahasa tersebut?
 
Pusu adalah binaan yang dibuat oleh anai-anai sebagai tempat tinggal. Ia kelihat tinggi berbanding bahagian tanah lain.
 
Ada pusu atau dalam bahasa bakunya dipanggil busut jelas kelihatan seperti kon yang besar di bahagian bawah dan meruncing di bahagian atas. Bentuknya juga seperti najis yang jatuh berdiri.
 
Berdasarkan kepada struktur pusu itu yang sudah meninggi dan besar dibuat oleh anai-anai, maka ada orang berak atas pusu dan mengaku bahawa najis itu lebih tinggi kedudukannya dan secara tidak langsung mengaku bahawa keseluruhan pusu dan najisnya itu sebagai hasil yang dilakukan olehnya.
 
Maka, lahirlah peribahasa dialek Kelantan yang menyebut berak atas pusu untuk memberi sindiran kepada individu atau pihak yang mengaku telah melakukan sesuatu kebaikan, sedangkan hanya sedikit yang dilakukan, dan mungkin juga tidak melakukan apa-apa, tetapi seakan-akan dialah yang melakukan segala-galanya.
 
Gambar – kulat pusu – sekadar hiasan.

No comments:

Post a Comment