Monday, 24 July 2023

PRN Kelantan peluang untuk berubah

 
Sudah 33 tahun Pas memerintah Kelantan. Tiada banyak perubahan yang dinikmati rakyat. Kelantan masih di tangkuk lama. Pembangunan yang ada adalah hasil sumbangan pihak swasta. Pembangunan di Kota Bharu yang ada sekarang adalah warisan sejak zaman Barisan Nasional (BN).
 
Pilihan Raya Negeri (PRN) Kelantan ini peluang untuk pengundi membuat pilihan menentukan hala tuju negeri itu dengan lebih jelas. Kerajaan Kelantan selepas PRN nanti perlu bersama kerajaan Pusat.

Kerajaan Negeri sama dengan kerajaan Pusat banyak memberi kebaikan. Apabila berada di landasan sama, banyak urusan pembangunan untuk memajukan negeri Serambi Mekah itu di samping kebajikan rakyat di negeri itu terus terbela.

Inilah masanya untuk rakyat perlu bangkit, percaya dan yakin dengan hasil kerja yang dilakukan oleh Kerajaan Perpaduan.

Pengundi di Kelantan perlu faham keadaan ini. Inilah masa tolong selamatkan Kelantan dan Malaysia, kerana ini adalah peluang kita sebab kita fikir nasib Melayu, jaga rakyat desa dan miskin bandar serta pembangunan di negeri ini. .

Mengenai kerjasama Kerajaan Perpaduan, rakyat tidak perlu sangsi. Mereka membentuk Kerajaan Perpaduan di Pusat. 

Penyokong PAS tidak perlu bimbang. Undi BN atau PH tidak akan menyebabkan tukar agama atau masuk neraka. Masuk neraka dan syurga bergantung kepada amalan baik dan buruk yang dilakukan.

No comments:

Post a Comment