Sunday 23 July 2023

DAP menubuh cawangan baharu di Kelantan

 
Bekas Timbalan Pengerusi Bersatu Kelantan, Mohd Zulkifli Zakaria menyertai DAP selepas menyerahkan borang keahliannya kepada wakil parti berkenaan  pada 22 Julai 2023.
 
Turut menyertai beliau ialah 12 orang penaja cawangan DAP yang akan diwujudkan di Bachok dalam tempoh waktu terdekat.
 
Mohd Zulkifli berkata ketika ini sudah ada dua cawangan DAP dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Irama di Parlimen Bachok, dan banyak lagi cawangan akan diwujudkan di dalam kawasan DUN Jelawat serta Tawang, yang juga berada dalam kawasan Parlimen Bachok.
 
Sebelum ini semua jawatan yang disandang Mohd Zulkifli dalam Bersatu gugur secara automatik selepas beliau bertanding sebagai calon Bebas di Parlimen Bachok pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), tahun lepas.
 
DAP Kelantan mengorak langkah untuk terus memperkuatkan kedudukan dan pengaruh di Kelantan. Usaha ini dimulakan sejak tahun 2018 lagi.
 
Pengerusi DAP Kelantan Datuk Azaha Abdul Rani dilihat berjaya membina kekuatan DAP di negeri yang digelar Serambi Mekah itu.
 

No comments:

Post a Comment