Monday 17 July 2023

CAKAP POLITIK BODOH BERBELIT-BELIT

  
Politik di Malaysia unik. Siapa pandai dan yakin bercakap, pasti banyak yang percaya. Tidak kisahlah perkara itu lojik atau tidak. Mereka tidak fikir tentang perkara sebenar atau sejarah lalu untuk dijadikan pengajaran.
 
Ambil sahaja kisah menjalan Pilihan Raya Negeri (PRN) yang bakal berlangsung. Ada pula yang menyeru agar ahli UMNO menyokong Perikatan Nasional (PN) sebagai usaha untuk membebaskan Datuk Seri Najib Razak.
 
Apa pula kaitannya PN dengan Najib? Jika PN memang PRN di keenam-enam negeri nanti apa yang parti itu boleh buat untuk bebaskan Najib?
 
Jika PN menang PRN, ia tidak melibatkan kuasa di kerajaan Pusat. Kerajaan Perpaduan masih memerintah Malaysia.
 
Ada pula sanggup mendakwa dan membuat fitnah mengatakan Najib menyuruh ahli UMNO menyokong atau memangkah calon PN pada PRN nanti. Apa pasal pula Najib hendak suruh ahli UMNO sokong PN?
 
Pihak yang mendakwa Najib di mahkamah ialah kerajaan yang ketika itu diketuai Tun Mahathir Mohamad dan Menteri Dalam Negeri pula Tan Sri Muhyiddin yang berkuasa penuh terhadap Polis Diraja Malaysia.
 
Mereka berdualah membuat perancangan dan tindakan mendakwa Najib sehingga sekarang menjalani hukuman penjara. Dan kedua-dua mereka disokong oleh Pas kini berada dalam PN.
 
Ahli UMNO kena ingat, Mahathir dan Muhyiddin jugalah beriya-iya ingin mengharamkan UMNO. Kalau mereka berkuasa selepas PRU-16 nanti ada kemungkinan usaha untuk mengharamkan UMNO akan diteruskan.
 
Jadi, untuk menghalang PN berkuasa pada PRU-16 nanti ialah mengalahkan mereka pada PRN nanti. Ayuh tolak PN secara sepenuhnya.

No comments:

Post a Comment