Wednesday 12 July 2023

Angin perubahan menuju PRN Kelantan

 
Kerjasama BN dan PH ternyata telah menampakan perubahan yang positif untuk menumbangkan Kerajaan Kelantan yang diterajui oleh Pas sejak 33 tahun lalu.
 
Kerjasama yang dirintis melalui pembentukan Kerajaan Perpaduan di peringkat Pusat kini menyatukan parti-parti yang berada di dalam dua gabungan parti iaitu BN dan PH untuk mencipta hasrat yang sama iaitu membawa perubahan kepada lanskap politik di Kelantan yang tepu dengan pemikiran taasub pengundi Pas.
 
Akibat taasub dengan slogan yang kononnya mengundi Pas itu wajib kerana Pas itu Islam dan Islam itu Pas menyebabkan rakyat tidak nampak yang lain, melainkan tetap pangkah Pas pada pilihan raya sebelum ini biarpun sedar Pas tidak membawa apa-apa kebaikan seperti yang diharapkan.
 
Amat malang pengundi muda sanggup mengundi Pas sedangkan tahu parti itu tidak menjanjikan kemajuan dan peluang pekerjaan kepada mereka. Mereka menjadi pengundi setia Pas di Kelantan, tetapi mencari peluang pekerjaan dan kehidupan lebih selesa di luar Kelantan.
 
Mereka sanggup meninggalkan ibu bapa yang uzur di Kelantan semata-mata untuk mencari rezeki di negeri lain. Mereka tidak ada pilihan kerana nasib lebih malang jika terus kekal tinggal di Kelantan.
 
Jika mereka benar-benar yakin bahawa Pas adalah parti terbaik dan menjanjikan kehidupan sempurna, mengapa mereka meninggalkan Kelantan? Jawanpannya mudah, sebenarnya mereka tahu kegagalan kerajaan Kelantan mentadbir negeri.
 
Kepada penyokong Pas yang berada di luar Kelantan, segerlah balik dan tinggal di Kelantan. Ciptalah peluang pekerjaan sendiri, termasuk mengusahakan tanah di kawasan Kelantan selatan yang masih luas. Jangan biarkan tanah-tanah tersebut diusahakan oleh syarikat bukan dimiliki penduduk tempatan. Segala keuntungan dibawa keluar, sedangkan rakyat Kelantan hanya mendapat air keruh.

No comments:

Post a Comment