Ahli UMNO disogok dengan propaganda betapa “hina”
dan “tidak bermaruah” apabila pemimpin UMNO mengadakan kerjasama dengan DAP
melalui Kerajaan Perpaduan. Amat malang apabila masih ada ahli UMNO yang
terpedaya dan makan hasutan propaganda tersebut sehingga menimbulkan kebencian
terhadap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Mengapa isu kerjasama dengan DAP masih
membelit dan menjadi racun kepada sesetengah ahli UMNO? Mengapa terperangkap
dengan dakyah politik Perikatan Nasional?
Mari kita baca sejarah politik negara. PAS
pernah bergabung dan bekerjasama dengan DAP lebih kurang selama 15 tahun
membawa DAP berjaya bertakhta di Selangor, Perak dan Kedah.
BERSATU pula bersama DAP dalam gabungan PH
lebih kurang 3 Tahun dan membawa DAP menjadi sebahagian parti kerajaan Pusat dan
dianugerahkan kawatan penting dalam kabinet oleh perdana menteri daripada BERSATU.
Perlu ditegaskan bahawa kerjasama kedua-dua
parti itu dengan DAP adalah dalam bentuk gabungan parti. Dan gabungan itu
adalah dengan sukarela dan dalam pakatan yang berstruktur.
Sedangkan kerjasama UMNO dan DAP hanya
dalam bentuk persefahaman untuk membentuk Kerajaan Perpaduan. Itupun setelah wujud
ketidakpastian parti yang layak memerintah negara, sehingga Yang DiPertuan
bertitah agar diwujudkan Kerajaan Perpaduan.
Atas semangat akur kepada titah Yang Dipertuan
Agong dan demi memastikan negara kekal aman, baharu UMNO setuju untuk
bekerjsama dengan DAP dan terdapat syarat yang perlu dipatuhi antara lain
berkaitan kedudukan Melayu, Islam dan raja-raja.
Atas semangat kerjasama dalam Kerajaan
Perpaduan, maka ia diteruskan dan diperkasakan pula pada Pilihan Raya Negeri (PRN)
di enam negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Kedah, Selangor, Pulau Pinang dan
Negeri Sembilan.
Perlu ditugaskan di sini, kerjasama itu
adalah dalam bentuk saling membantu dan mengelak pertembungan antara BN dan PH.
Hakikatnya, UMNO masih dalam BN dan DAP dalam gabungan PH. Tiada berlaku
gabungan parti membentuk satu gabungan baharu untuk BN dan PH.
Secara analogi, tiada “perkahwinan” antara UMNO
dan DAP seperti yang dilakukan oleh PAS dengan DAP dan BERSATU dengan DAP. Kerjasama
UMNO dengan DAP hanya dalam bentuk “rakan”.
PAS dan BERSATU memang tidak senang UMNO
berkawan dengan “janda” mereka. Agaknya jika UMNO dan DAP “berkahwin” lebih
meroyan dan gila talak PAS dan BERSATU terhadap DAP.
Ketika krisis kepimpinan kerajaan Perak
dahulu, ada ahli Pas sanggup “mati” mempertahankan kerajaan DAP dengan
berbaring di atas jalan sambil memegang bendera DAP. Pemimpin PAS dan DAP pula
saling berpelukan apabila berjumpa tanda saling menyayangi. Hebat sungguh ‘cinta
sejati” PAS dengan DAP ketika itu.
No comments:
Post a Comment