Wednesday, 12 July 2023

KERJASAMA BN DAN PH MULA SERASI

Hubungan jentera pilihan raya BN dan PH Parlimen Kota Bharu menampakkan hubungan yang akrab biarpun baharu dipertemukan dalam beberapa siri perjumpaan dan majlis suai kenal. 

Biarpun sebelum ini BN dan PH adalah seteru politik yang tegar, nama segala-galanya telah berubah apabila pihak kepimpinan parti masing-masing mengiystiharkan pembentukan kerjasama dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PN) di enam negeri, termasuk Kelantan.
 
Justeru, tiada apa perlu diragukan tentang persefahaman kerjasama ini yang diharapkan dapat mencapai kemenangan pada PRN nanti.
 
Apa yang penting sekarang ini ialah keikhlasan dan kerjasama yang padu perlu ditunjukkan di kalangan jenter parti dan penyokong.

No comments:

Post a Comment