Friday 28 July 2023

Annuar tiada dalam senarai calon PN Kelantan

  
Mungkin ramai yang terkejut bila PAS tidak mencalonkan Tan Sri Annuar Musa sebagai calon di mana-mana Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos nanti.
 
Sebenarnya Annuar boleh sahaja buat-buat tidak terkejut. Dia boleh bagi apa sahaja alasan. Tetapi, hati tetap sakit.
 
Tanpa kedudukan, dia hilang platform untuk musnahkan UMNO. Cakap-cakap dia mungkin tidak lagi dipedulikan.
 
Tetapi, apakah PAS memang tidak mahu mencalonkan Annuar? Atau ada arahan kepada Menteri Besar Kelantar agar Annuar tidak dicalonkan?
 
Kalau benar ada arahan tersebut, susah Annuar selepas ini. Dia menjadi pahlawan yang tidak diberikan keris. Seni silat Annuar tidak menakutkan musuh.
 
Sebelum ini pengikut PAS “perli” Wan Mahussin Wan Zain tidak dicalon oleh UMNO untuk bertanding pada PRN nanti. Dan, sekarang apa hendak dikatakan tentang Annuar? Tidak mungkin Annuar disamatarafkan dengan Wan Mahussin?

No comments:

Post a Comment