Friday, 28 July 2023

Mohd Amar perlu fokus bangunkan Kelantan

  
Mohd Amar BIN Nik Abdullah menyamakan kemajuan pembangunan Kelantan dengan Pahang. Sebenarnya, tiada keperluan langsung untuk membandingkan Kelantan dan Pahang.
 
Sepatutnya Mohd Amar lebih fokus kepada menyampaikan manifesto PAS Kelantan dalam PRN kali ini terutama bagaimana ingin menaik taraf Kelantan ke ‘Liga Super’ dan bukannya berbangga mengisytihar Kelantan selesa dalam ‘Liga Bawahan’.
 
Lebih dahsyat lagi, beliau turut mengheret Pahang kononnya turut berada sama di kancah Liga Bawahan itu juga.
 
Tindakan ‘menepuk air di dulang’ ini amatlah dikesali kerana secara langsung mendedahkan kelemahan pentadbiran sendiri.
 
Bukan ingin membandingkan Kelantan dengan Pahang, namun sekadar ingin berkongsi 5 perkara yang telah dicapai di Pahang dalam masa terdekat ini.
 
- Peningkatan kutipan Hasil Pendapatan Negeri Pahang yang konsisten tahun demi tahun, dan telah pun melepasi RM1 billion pada tahun 2022.
- Kejayaan menarik pelaburan bernilai melebihi RM20 bilion pada tahun 2022.
 - Pengurangan hutang kerajaan Negeri yang signifikan daripada RM3.31 bilion (sebelum tahun 2018) kepada RM952.21 juta setakat tahun 2022.
- Kejayaan penyaluran bantuan dan program kebajikan kepada rakyat berjumlah RM77.95 juta pada tahun 2022.
- Dan yang terbaru, pada Jun lalu, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menyenaraikan Pahang di kedudukan negeri ketiga terbaik di Malaysia atas kejayaan merekodkan pertumbuhan ekonomi pada kadar 10.8 peratus, iaitu selepas Pulau Pinang (13.1%) dan Selangor (11.9%).
 
Tidak pasti apa niat sebenar Mohd Amar yang dilihat cuba merendahkan kemajuan dicapai Negeri Pahang. Namun statistik pencapaian ini menceritakan segala-galanya. Permainan politik persepsi seperti ini perlu dihentikan.
 
Jika tidak tahu menari, janganlah dikatakan lantai jongkang-jongket. Setiap negeri ada keunikan masing-masing. Demografi berbeza, geografi juga berbeza. Menarilah mengikut rentak masing-masing. Di Pahang, kami menari ikut rentak Joget Pahang. Dan paling utama... kedudukan Liga kita tak sama.
 
Fokuslah di Kelantan, jangan nanti yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.
 
Sumber – media sosial

 

No comments:

Post a Comment