Thursday, 3 August 2023

MASUK SYURGA BUKAN DITENTUKAN PARTI

 
Sesungguhnya syurga dan neraka itu milik Allah SWT. Dua tempat ini bukan hak milik parti Pas untuk menentukan siapa layak masuk syurga dan siapa pula akan masuk neraka.
 
Seseorang itu ditentukan Islam atau kafir bukan di tangan pemimpin Pas. Pas bukan agama. Pas hanya sebuah parti politik yang “menunggang” agama untuk kepentingan parti mereka.
 
Justeru, apa-apa sahaja yang diperkatakan oleh pemimpin Pas berkaitan halal dan haram, jika tidak bersumberkan al-Quran dan hadis, maka itulah dinamakan menunggang agama. Bahkan ia layak dipanggil ajaran sesat. Ajaran yang tidak mengikut jalan yang benar.
 
Firman Allah SWT bermaksud: “Kitab (Al Quran) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertakwa." (Surah Al-Baqarah, ayat 2).
 
Sikap penyokong Pas yang wala membabi buta apa yang dinyatakan pemimpin mereka menjadikan pemimpin Pas semakin naik lemak. Mereka yakin dan pasti apa sahaja kenyataan yang dikeluarkan akan mendapat sokongan dan dokongan ahli parti.
 
Sesungguhnya, sifat berkasih sayang dan saling menghormati adalah amalan paling mulia. Hubungkan tali silaturahim dan jauhi persengketaan.
 
Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Bukanlah orang yang menyambung (silaturrahim) itu adalah orang yang membalas kebaikan orang lain setimpal sepertimana yang dilakukan kepadanya, akan tetapi penyambung itu adalah orang yang jika ada yang memutuskan hubungan dengannya, dia bertindak menyambungnya.” (Hadis riwayat Bukhari)

No comments:

Post a Comment