Mengajak sahabat, pengikut, ahli keluarga
dan sesiapa sahaja agar bersama-sama ke syurga adalah satu amalan baik.
Mengajak kepada perkara kebaikan adalah tuntutan agama.
Firman Allah SWT bermaksud: “Dan hendaklah
ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan
(mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta
melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat
demikian ialah orang-orang yang berjaya.” (Surah Ali Imran, 104)
Namun, janganlah kita jadikan ajakan itu
atas dasar meraih keuntungan politik atau tujuan lain yang tidak berpaksikan
kepada perkara takwa. Ia seakan-akan menyatakan sesiapa yang tidak mengikuti
kelompok tersebut, maka dia seperti tidak mahu menuju syurga, atau lebih teruk
lagi dikaitkan dengan pilihan menuju neraka.
Sesungguhnya syurga dan neraka itu milik
Allah SWT. Dua tempat ini bukan hak milik parti atau kelompok tertentu sahaja
yang boleh menentukan siapa layak masuk syurga dan siapa pula akan masuk
neraka.
Seseorang itu ditentukan Islam atau kafir
bukan di tangan pemimpin parti. Parti bukan agama. Parti adalah organisasi
diasaskan untuk mendapat kuasa memerintah.
Justeru, apa-apa sahaja yang diperkatakan
oleh pemimpin parti berkaitan halal dan haram, jika tidak bersumberkan al-Quran
dan hadis, maka itulah dinamakan menunggang agama.
Firman Allah SWT bermaksud: “Kitab (Al
Quran) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang
bertakwa." (Surah Al-Baqarah, ayat 2).
Sikap penyokong parti yang wala membabi
buta apa yang dinyatakan pemimpin mereka menjadikan pemimpin parti semakin naik
lemak. Mereka yakin dan pasti apa sahaja kenyataan yang dikeluarkan akan
mendapat sokongan dan dokongan ahli parti.
No comments:
Post a Comment