Thursday, 3 August 2023

KENANG JASA PAHLAWAN BERKORBAN DEMI NEGARA

 
Pada 31 Julai 1960, Yang Dipertuan Agong, Tuanku Hisamuddin Alam Shah Ibni Sultan Alaidin, telah berkenan mengisytirkan penamatan Darurat menentang komunis. Darurat menentang komunis telah diisytirakan secara berperingkat-peringkat di Malaya pada Jun 1948.
 
Pengisytiran penamatan darurat ini telah disambut dengan rasa penuh kesyukuran oleh seluruh penduduk Persekutuan Tanah Melayu tanda kemenangan berakhirnya zaman keperitan selama 12 tahun.
 
Pengisytiran ini dicapai selepas tiga tahun lima bulan Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan.
 
Tarikh 31 Julai ini kemudiannya dijadikan tarikh sambutan rasmi Hari Pahlawan sebagai menghargai jasa-jasa pahlawan yang terkorban mempertahankan negara.
 
Jasa pahlawan mempertahankan negara amat besar. Banyak perajurit kita gugur dibunuh pengganas komunis. Banyak juga yang cedera dan cacat kekal.
 
Hari ini cabaran sudah berbeza. Penaklukan fizikal dan ketenteraan mungkin sudah tiada, tapi penjajahan ideologi bentuk baharu dan secara politik yang dirancang halus dan tanpa kita sedar mereka yang ingin mencetuskan huru-hara dalam negara masih ada.
 
Justeru, setiap warganegara cintakan negara perlu menolak sebarang bentuk tindakan yang boleh mengganggu ketenteraman awam, terutama yang melibatkan isu raja, agama dan bangsa.
 
Mengamalkan politik matang adalah sebagian jihad untuk memastikan keamanan negara terus berkekalan. Tolak politik perkauman dan adu-domba.

No comments:

Post a Comment