Wednesday, 9 August 2023

Kempen pilihan raya melalui media sosial

 
Tempoh berkempen pilihan raya memang singkat. Tidak mampu calon untuk menemui semua pengundi. Bahkan, banyak pengundi tinggal di luar kawasan atau dipanggil pengundi luar.
 
Jadi, cara paling berkesan dan mampu meraih undi ialah melalui kempen di media sosial. Biasanya ia disebarkan secara langsung di platfom media sosial yang banyak membuka peluang membuat secara langsung.
 
Dengan cara itu, pengundi berpeluang untuk mendangar tawaran dan isu yang dibawa oleh calon atau penceramah. Maklumat sampai kepada pengundi dengan mudah dan berkesan.
 
Selain dalam bentuk siaran langsung atau video, iklan secara gambar atau poster juga amat berkesan. Biarpun tanpa banyak maklumat di poster tersebut, ia memberi pengenalan dan ingatan tentang seseorang calon untuk dipilih pada hari pengundian.

No comments:

Post a Comment