Penyokong
Pas hendak masuk syurga. Malangnya tidak pula melakukan apa yang disuruh agama.
Mereka melakukan perkara yang terang-terang perbuatan dosa yang jika banyak
dilakukan, ke nerakalah jadinya.
Disebabkan
undi Pas seperti sudah dijamin syurga (apa yang difahami pengundi Pas) maka
soal halal haram mereka tidak peduli.
Dalam
satu video, seorang wanita yang tidak menutup aurat menunjukkan rasa bersemangat
untuk bersama-sama menyiapkan bendera Pas yang dihadiri beberapa lelaki.
Dengan
niat tidak buruk sangka, katakan semua lelaki itu adalah mahramnya, maka
memanglah tidak berdosa tidak menutup aurat ketika itu (tidak memakai tudung
dan pakaian ketat).
Persoalannya,
video itu disebarkan yang bermakna banyak orang akan melihat keadaannnya yang
tidak menutup aurat.
Inikah
ajaran Pas? Adakah orang Pas dibenarkan tidak menutup aurat? Atau disebabkan
sudah dijamin syurga, maka tidak takut untuk melakukan dosa?
Gambar
sekadar hiasan. Tidak mahu sebar gambar video tersebut kerana tidak mahu ikut berdosa.
No comments:
Post a Comment