Friday 4 August 2023

Solat Hajat Mingguan UMNO Bahagian Kota Bharu

 
UMNO Bahagian Kota Bharu telah mengadakan Program Solat Hajat Khas Kali Ke-172 pada 3 Ogos 2023. Program Solat Khas adalah program mingguan yang dianjurkan oleh UMNO Bahagian Kota Bharu sejak tahun 2018.
 
Program tersebut diadakan pada setiap minggu kecuali ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau hari Jumaat yang jatuh pada hari raya. Ia diadakan di Dewan UMNO Bahagian Kota Bharu.
 
Sempena pilihan raya negeri (PRN), program kali ke-172 juga khusus untuk memohon kemenangan calon Perpaduan Kota Bharu iaitu N08 Tanjung Mas, N09 Kota Lama dan N10 Bunut Payung.

No comments:

Post a Comment