Semasa pilihan raya, tidak kira pilihan raya
umum (PRU), pilihan raya negeri (PRN) dan pilihan raya kecil (PRK), ataupun
usaha untuk menyampaikan maklumat, mengadakan ceramah kelompok adalah satu kaedah
untuk mempengaruhi pengundi agar menyokong parti atau calon pilihan raya.
Ceramah kelompok biasanya diadakan di
rumah, kedai kopi dan sebagainya yang dapat menghimpunkan kira-kira 20 hingga
50 orang pendengar. Sasaran pendengar ialah mereka yang tinggal di sesuatu lokasi
penempatan, melibatkan ahli cawangan atau pusat daerah mengundi.
Mengadakan ceramah kelompok bermakna satu
cara mendekati pengundi. Mereka ini mungkin terdiri pengundi ahli parti yang
perlu dikekalkan kesetiaan terhadap parti untuk mengundi calon dikemukakan oleh
parti.
Pendengar yagn disasarkan mungkin juga di
kalangan pengundi di atas pagar yang perlu ditarik untuk mengundi calon. Mereka
perlu diyakinkan bahawa pilihan terbaik ialah memilih calon dari parti
berkenaan.
Ceramah kelompok juga dianggap sebagai satu
cara menjejak pengundi. Penceramah akan datang ke tempat tinggal mereka, tanpa
pendengar perlu pergi jauh ke tempat ceramah. Parti perlu menerangkan kepada sebanyak
mungkin pengundi agar mengundi calon parti.
Sebalik, jika mengadakan ceramah di bilik
gerakan atau di tempat sama, yang beza hanya penceramahnya, maka pendangar yang
hadir biasanya di kalangan penggerak parti yang sememangnya telah setia dan
tegar mengundi calon parti.
Maka, jadilah keadaan yang mana hanya orang
yang sama pergi ke mana-mana tempat ceramah yang tidak mencerminkan “banyak”
yang hadir, melainkan sekadar untuk menaikkan semangat penceramah.
No comments:
Post a Comment