Apabila Pas Kelantan mewar-warkan akan
menang 45 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan dalam pilihan raya negeri
(PRN) 2023, itu sebenarnya satu perang saraf dan gerak saraf.
Gerak saraf (GS) bermaksud:
“Penggunaan propaganda dan tindakan lain yang dirancang untuk mempengaruhi
pendapat, emosi, sikap dan tingkahlaku kumpulan sasar pihak sahabat dan
golongan berkecuali bagi mencapai matlamat pihak penganjur”
Manakala
perang saraf (PS) pula ditujukan khusus kepada pihak seteru atau bakal musuh
atau musuh sebagai kumpulan sasarnya.
Maksud
“propaganda” pula sering disalaherti oleh banyak pihak dengan mendakwa bahawa
apa yang diperkatakan oleh pihak lawan adalah propaganda dan apa yang
diperkatakan sendiri bukan propaganda.
GSPS
merupakan antara elemen terpenting dalam transformasi rakyat untuk memastikan
kedudukan kerajaan stabil dan mampu melaksanakan tugasan untuk kepentingan
rakyat.
Kita sering
keliru apabila disebut GSPS, maka dirujuk kepada suasana pilihan raya
semata-mata. Hakikatnya, GSPS itu perlu dilakukan sepanjang masa untuk
mencapai apa-apa matlamat yang diingini.
Amat penting
sekarang ini kerana GSPS juga perlu digunakan untuk mendepani Peperangan
Informasi dan juga Peperangan Persepsi. Sudah semestinya media baru (siber)
menjadi landasan utama untuk penyebaran propaganda sekali gus berlakulah perang
propaganda yang bersifat maklumat benar, separuh benar dan pembohongan.
Dengan
ertikata lain, dalam mempuat propaganda, tidak hanya bersandarkan kepada fakta
benar, sebaliknya yang separuh benar dan pembohongan itu perlu dilakukan.
Justeru, jika
ada sesuatu isu dibangkitkan, para propaganda tidak perlu menanti atau mencari
fakta sebenar baru hendak bertindak. Bertindak segera dengan apa saja 'fakta'
yang ada untuk menangkis propaganda musuh.
Perlu
diingat, kebanyakan propaganda musuh sebenarnya tidak berasaskan kepada fakta
atau kebenaran. Maka, bagaimana hendak tunggu kebenaran baru hendak bertindak?
Secara tuntasnya, yang palsu perlu juga dipadamkan dengan yang palsu.
Nilai keberkesanan propaganda bergantung kepada tema, simbol dan mesej
yang tersurat bagi mencapai objektif atau matlamat yang diinginkan yang
tersirat.
Kejayaan GSPS berkait rapat keupayaan Propagandists dalam
menganalisis kekuatan, kelemahan, persekitaran dan susceptibility kumpulan
sasar supaya ianya berimpak tinggi.
Justeru, penguasaan GSPS khususnya dalam War of Perceptions di
kalangan rakyat perlu dilakukan sepenuhnya terutama golongan pertengahan
(terutamanya di kawasan bandar yang ada kemudahan dan akses kepada Internet!).
Dalam mendepani permasalahan GSPS ini, kerajaan melalui agensi tertentu
telah mewujudkan sistem pemantauan serta amaran awal
kepada kerajaan melalui penyediaan maklum balas perisikan yang lengkap, tepat,
bersepadu serta berwibawa di peringkat negeri, nasional dan antarabangsa.
Hal itu amat
penting dalam mengekal dan meningkatkan keyakinan rakyat terhadap kerajaan
melalui pendekatan komunikasi dengan tumpuan kepada kaedah-kaedah bagi
memenangi minda rakyat.
Maklumat yang
dibekalkan juga diharapkan dapat mewujudkan kesedaran dan penghayatan rakyat
berbilang kaum yang mantap dan kukuh bagi memupuk nilai-nilai murni, semangat
patriotisme dan cintakan negara.
No comments:
Post a Comment