Monday 7 August 2023

PILIHAN RAYA PRAKEMERDEKAAN 1955

 
Pilihan raya umum pertama kali diadakan di Persekutuan Tanah Melayu pada Rabu, 27 Julai 1955. Ia adalah pilihan prakemerdekaan, sebelum negara mencapai kemerdekaan pada 1957. 
Pilihan raya itu bertujuan untuk memilih anggota Majlis Perundangan Persekutuan yang mana sebelum ini anggotanya dilantik sepenuhnya oleh Pesuruhjaya Tinggi British di Persekutuan Tanah Melayu.
 
Proses pengundian berlaku di semua 52 kawasan persekutuan, bagi memilih seorang anggota bagi setiap kawasan. Pilihan raya negeri pula meliputi 136 kawasan negeri di sebelas negeri dalam Persekutuan Tanah Melayu dan Negeri-negeri Selat dari 10 Oktober 1954 hingga 12 November 1955, bagi memilih seorang ahli majlis bagi majlis perundangan negeri.
 
Pilihan raya ini memberikan keputusan kemenangan besar buat Parti Perikatan iaitu parti gabungan antara Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), Persatuan Cina Malaysia (MCA) dan Kongres India Malaysia (MIC).
 
Parti Perikatan yang menggunakan simbol kapal layar menang di 51 kerusi dan satu kerusi dimenangi Parti Islam Se-Tanah melayu. Parti lain yang turut serta dalam pilihan raya tersebut tetapi gagal memenangi sebarang kerusi ialah Parit Negara, Persatuan Kebangsaan Perak, Liga Melayu Perak, Parti Buruh Malaya dan Parti Pograsif Perak. Turut serta ialah calon bebas.
 
Parti Perikatan berjaya membentuk kerajaan pada 1 Ogos 1955 dengan pemimpinnya, Tunku Abdul Rahman dilantik sebagai Ketua Menteri.
 
Pilihan raya ini juga memperlihatkan MIC bertanding buat pertama kali. MIC telah menyertai Parti Perikatan pada tahun 1954, manakala MCA telah bersekutu dengan UMNO dalam pilihan raya perbandaran Kuala Lumpur pada tahun 1952.
Jumlah pengundi berdaftar ialah 1,280,855 orang. Jumlah keluar mengundi 1,027,211 orang atau 82.8 peratus.

No comments:

Post a Comment