Calon bertanding merebut kerusi parlimen
mahupun dewan undangan negeri (DUN), tidak kira pilihan raya umum (PRU),
pilihan raya negeri (PRN) dan pilihan raya kecil (PRK), berusaha untuk bertemu
dengan sebanyak mungkin pengundi untuk mendapat undi pada pada hari pengundian.
Bergerak dari satu kawasan ke kawasan dan
rumah ke rumah menjadi cara paling berkesan untuk menemui pengundi. Biarpun sekadar
bertemu mata sekejap, namun itu sudah dikira memadai.
Calon tidak dapat berada lama di satu-satu
tempat. Jumlah untuk DUN mencecah kira-kira 30 ribu orang. Kalau pengundi kawasan
parlimen mencecah sehingga 100 ribu pengundi dan ada sampai 150 ribu orang.
Kawasan yang perlu dilawati pula agak luas,
kecuali kawasan di bandar yang penduduknya padat. Masa untuk ke satu-satu
tempat agak lama.
Ketika pergerakan calon perlu ada pemimpin
setempat mengiringi agar mudah untuk mengenali pengundi setempat.
Namun, tidak perlulah terlalu banyak yang mengikut.
Nanti, jumlah yang mengikut atau pengiring yang lebih banyak berbanding orang
ditemui. Pemimpin lain bolehlah pergi berkempen di tempat lain.
Diperhatikan hanya orang yang sama
mengiringi calon ketika berkempen. Mereka ini seperti menampakkan banyak
penyokong yang hadir, tetapi hakikatnya mereka itu adalah jentera parti yang
sepatutnya memberi tumpuan tugas-tugas di tempat lain.
Gambar sekadar hiasan
No comments:
Post a Comment