Sunday, 24 September 2023

APA MAKSUD LGBTQ+

Kebanyakan orang memahami ringkasan LGBT yang berasal perkataan lesbian, gay, biseksual dan transgender. Tetapi sekarang ini timbul pula LGBTQ+. Justeru, “Q+” ringkasan kepada perkataan apa pula?
 
Huruf “Q” sebenarnya adalah mewakili maksud “gueer”. Sedangkan tanda "+" pada LGBTQ+ adalah untuk mengenali aktiviti seksual dan identiti gender tanpa batas.
 
Dengan kata lain, LGBTQ+ menyentuh lebih luas mengenai aktiviti songsang atau luar tabie yang dilakukan golongan berkenaan.
 
Diperjelaskan secara ringkas maksud kesongsangan yang berlaku berkaitan aktiviti seksual dan identiti seksual yang terkandung dalam LGBTQ+.
 
- Lesbian.
Lesbian pada umumnya digunakan untuk merujuk pada perempuan yang memiliki rasa minat dan tertarik sesama perempuan atau dikenali juga dengan homoseksual perempuan.
 
- Gay
Gay adalah istilah digunakan untuk merujuk kepada lelaki yang meminati lelaki atau juga dikenali homoseksual lelaki. Dengan kata lain, lesbian dan gay adalah hubungan sejenis.

- Biseksual
Biseksual adalah merujuk kepada aktiviti yang mana seorang lelaki atau perempuan yang meminati kepada pasangan berlainan jenis, tetapi pada masa sama juga tertarik kepada pasangan sejenis.  
 
- Transgender
Transgender adalah istilah umum untuk individu yang identiti atau keinginan jantina yang berbeza dengan jantina ketika dilahirkan. Menjadi transgender tidak menetapkan aktiviti seksual tertentu. Transgender mungkin terlibat sebagai heteroseksual, gay, lesbian, biseksual dan lain-lain.

- Queer
Queer adalah satu istilah untuk menerangkan identiti seksual dan gender selain heteroseksual (minat berlainan jenis atau sifat normal) dan cisgender (kekal jantina sepertimana ketika dilahirkan). Istilah queer juga digunakan untuk menjelaskan bahawa aktiviti seksual dan jentina boleh terjadi sesuatu yang tidak normal.
 
- Cisgender
Cisgender adalah sebuah istilah yang digunakan untuk menggambarkan seseorang yang identiti jantinanya adalah sama seperti ketika dilahirkan.  
 
- Intersex
Intersex adalah orang-orang yang terlahir dengan pelbagai sifat jenis kelamin seperti kromosom, gonad, atau alat kelamin yang tidak sesuai dengan definisi khusus sebagai lelaki atau perempuan.
 
- Asexual
Asexual adalah merujuk kepada kurangnya ketertarikan seksual pada siapapun atau dapat diidentifikasi ketika seseorang yang memiliki minat yang rendah atau sama sekali tidak memiliki minat akan kegiatan seksual.

Gambar - Keluarga bahagia mengikut tabie ditetapkan Allah

No comments:

Post a Comment