Naluri adalah keinginan mahu tahu sesuatu.
Keinginan itu biasanya ada kaitan dengan “keperluan” apa yang akan berlaku
selepas itu.
Naluri kanak-kanak biasanya tepat. Apa yang
ingin diketahui itu adalah satu keperluan yang akan ditempuhi nanti. Jadi,
jangan pandang mudah dengan naluri kanak-kanak.
Seorang bapa, Mohd Abdul Hadi Ismail
berkongsi tentang pertanyaan anaknya, Fariha Haniyya, kedudukan tangga pentas.
“Alhamdulillah…Kenangan Fariha Haniyya,
dari kemarin tanya saya sebelah mana tangga mahu naik pentas untuk ambil hadiah
cabutan bertuah. Macam yakin betul dia akan dapat.”, tulis Hadi.
Pertanyaan itu seperti tiada ada apa
pentingnya. Kalau sudah berada di dewan dan melihat pentas, sudah pasti tahu di
mana tangganya.
Namun, itu naluri bahawa ada sesuatu akan
terjadi atau akan dihadapi. Bukan soal di mana kedudukan tangga itu, tetapi
itulah “tanda” sesuatu akan terjadi.
Fariha menang cabutan bertuah dan dia
memang kena tahu di mana tangga untuk naik ke pentas.
No comments:
Post a Comment