Hari Pahlawan merupakan satu hari
khusus untuk memperingati jasa pahlawan mempertahankan tanah air. Kebanyakan
negara mempunyai tarikh Hari Pahlawan masing-masing yang disambut setiap tahun.
Hari Pahlawan di Malaysia
disambut setiap 31 Julai setiap tahun. Pelbagai acara diadakan sempena
Hari Pahlawan ini bagi mengenang jasa semua pasukan keselamatan tidak kira
tentera atau polis sebelum dan selepas Malaysia merdeka.
Acara sempena Hari Pahlawan melibatkan
acara letak kalungan bunga oleh pemimpin negara iaitu Yang Dipertuan Agong dan
Perdana Menteri serta ketua pasukan keselamatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM)
dan ketiga-tiga cabangnya serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan bertafakur
selama seminit di hadapan Tugu Negara berhampiran Panggung Aniversari, Tasik
Perdana, Kuala Lumpur.
Acara tradisi ketenteraan lain yang
diadakan ialah tiupan “Last Post” dan “Rouse” serta deklamasi sajak juga
dilakukan di hadapan Tugu Negara. Manakala acara-acara keagamaan seperti majlis
bacaan doa selamat, Yasin, tahlil dan sebagainya juga diadakan di Masjid
Negara.
Bagaimanapun, mulai tahun 2010 ini,
kerajaan telah memutuskan lokasi sambutan dilakukan di dataran yang sesuai.
Sebagai permulaan, Dataran Merdeka dipilih sebagai lokasi sambutan.
Pemindahan lokasi itu adalah sebagai mematuhi garis panduan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sebelum ini yang menyatakan sambutan itu tidak boleh diadakan di kawasan yang mempunyai patung menyerupai manusia.
No comments:
Post a Comment