Monday, 12 February 2024

PERKAMPUNGAN ORANG ASLI BATEK KUALA SAT

 
Perkampungan Orang Asli suku Batek di Kuala Sat, Jerantut, Pahang mempunyai keistimewaan tersendiri. Uniknya Orang Asli suku Batek masih mengamalkan konsep nomad atau berpindah randah yang diwarisi daripada nenek moyang mereka. 

Suku yang cukup sinonim dengan penempatan di kelilingi alam semula jadi itu hanya boleh ditemui di tiga buah negeri di Semenanjung Malaysia iaitu Pahang, Kelantan dan Terengganu.

Mereka sudah biasa berjalan kaki melalui hutan dalam jarak yang jauh untuk bertemu dengan saudara yang tinggi di kawasan lain. Malah ada ketikanya dua kumpulan akan bertemu dan berkampung di tempat tertentu.

Orang Asli suku Batek Kuala Sat mempunyai hubungan rapat dengan suku Batek di Kuala Koh, Kelantan. Ramai yang mempunyai hubungan kekeluargaan hasil daripada perkahwinan. 
 
Biarpun mengamalkan cara hidup berpindah, mereka mempunyai petempatan kekal yang mana ada rumah dan ladang di Kuala Sat. 

No comments:

Post a Comment