Seseorang dikenali melalui pakaian atau
uniform yang dipakai. Individu yang berniform di dalam gambar ini diketahui
anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) atau sebelum ini dikenali Ikatan
Relawan Rakyat Malaysia.
RELA adalah satu pertubuhan yang bercorak
kesukarelawanan untuk membantu pasukan keselamatan dalam gerakan menentang
musuh-musuh negara dari dalam dan luar negeri.
RELA telah ditubuhkan pada 3 Julai 1972 di
bawah ‘Peraturan-peraturan Perlu (Ikatan Relawan Rakyat) 1966, yang dibuat di
bawah ‘Akta Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 1964’.
Asas wujudnya RELA bermula sejak tahun
1948, apabila Pertubuhan Kawalan Kampung atau “Home Guard” dibentuk semasa
darurat pertama berlaku di Persekutuan Tanah Melayu. Pembentukan Home
Guard adalah dibawah Ordinan Darurat 1948 dan diletakkan di bawah bidang kuasa
Home Guard Regulations 1950 dan 1951.
Anggota RELA dilatih dengan disiplin yang
tinggi biarpun bukan pasukan tetap seperti polis dan tentera. Anggota RELA
berbangga dengan uniform dan pengenalan diri yang dipakai. Justeru di manapun
mereka berada atau berkhidmat, disiplin dijaga dengan terbaik.
Gambar di atas dimuat turun daripada media
sosial. Kapsyen hantaran tersebut berbunyi: Trafik light Kuala Berang..
Terbaiklah disiplin Abang dan Kakak RELA. Keluar baris pun beratur.. Naik motor
berhenti kat Trafik Light pun beratur.
Kredit – Pemilik asal gambar.
No comments:
Post a Comment