Thursday, 14 March 2024

BAZAR RAMADAN STESEN KERETA API TUMPAT

 
Sepanjang Ramadan terdapat banyak Bazar Ramadan beroperasi di seluruh negara. Tidak terkecuali ada operasi Bazar Ramadan di kawasan pekan Tumpat, Kelantan.
 
Bazar Ramadan Tumpat beroperasi berhampiran kawasan lapang berdekatan Stesen Kereta Api Tumpat. Kawasan luas dan selesa.
 
Seperti kebanyakan Bazar Ramadan, jualan utama adalah makanan dan minuman untuk juadah berbuka puasa. Macam-macam jenis juadah dijual. Kata orang Kelantan “ada macam mok neka”
 
Kalau hendak menikmati bubur lambuk dan nasi tomato, boleh dapatkan di Gerai No 7, tepi Tadika Mawadah. Untuk tempahan boleh hubungi di nombor 019-767-4847.
 

No comments:

Post a Comment