Satu frasa yang biasa disebut di kalangan
penutur dialek Kelantan ialah “serba mok neko” atau “segala mok neko. Frasa
tersebut bermaksud macam-macam atau semua perkara, sesuatu atau kejadian.
Perkataan “segala” atau “serba” membawa maksud
sama dengan bahasa baku. Perkataan “mok” adalah daripada emak atau ibu dan “neko”
adalah aneka yang dieja mengikut dialek Kelantan.
Sebenarnya perkataan serba mok neko adalah
frasa penegasan bahawa semua, segala dan serba ada. Mok atau ibu adalah sesuatu
yang memberi gambaran sekecil-kecil dan sebesar-besar ada. Aneka pula bermaksud
banyak.
Jadi, kalau disebut serba mok neko
bermaksud segala-galanya, besar, semua dan tidak terkecuali.
No comments:
Post a Comment