Sunday, 19 January 2025

PERTUBUHAN WANITA PRIHATIN KOTA BHARU (PERWATI KB)

 
Pertubuhan Wanita Prihatin Kota Bharu (Perwati KB) ada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang diasaskan oleh bekas ketua wanita UMNO Kota Bharu, Khazuni Othman pada 2023 ketika masih memagang jawatan tersebut.
 
Perwati KB berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan dengan nombor PPM-022-03-02012024 yang diakui atau disahkan pendaftaran pada 02 Jan 2024.
 
Perwati KB yang kini telah menjangkau usia dua tahun dan telah mengadakan mesyuarat agung kali kedua, antara lain menggariskan matlamat untuk memberi bantuan kepada golongan yang kurang berkemampuan melalui kerja-kerja amal yang diadakan dari semasa ke semasa.
 
Untuk itu, program melawat dan membantu golongan yang kurang upaya, miskin dan asnaf akan dilaksanakan secara berkala.
 
Justeru, Perwati KB akan melaksanakan program dan aktiviti yang berkaitan dengan kebajikan kemasyarakatan. Pada masa sama akan menganjurkan program dan aktiviti kesihatan dengan tujuan untuk melahirkan masyarakat yang sihat.
 
Program-program yang diadakan itu diharapkan dapat memupuk nilai-nilai murni di dalam masyarakat.

No comments:

Post a Comment