Wanita UMNO Bahagian Kota Bharu yakin bahawa
konsep keluarga yang dibina mampu menyatukan kepimpinan peringkat bahagian dan
cawangan dengan sebaiknya. Dengan ikatan kekeluargaan, sebarang bentuk khilaf
dapat dirungkai demi menjaga keutuhan parti.
Dalam aktiviti yang dijalankan, pasti ada
yang terkurang, tersinggung, berkecil hati, kecewa, berselisih pendapat, salah
faham dan sebagainya. Bak kata pepatah, “gigi dengan lidah ada kalanya
bergigit juga”, yang bermaksud kerap kali juga timbul perselisihan antara suami
isteri, sanak saudara dan sahabat handai.
Itu semua adalah lumrah. Namun, segala bentuk
khilaf ini mampu ditangani apabila masing-masing berlapang dada, sedia
memaafkan, menjauhi sikap ego dan belajar daripada kesilapan.
Sebarang bentuk perpecahan adalah malapetaka
besar kepada parti dan masyarakat. Tiada sejarah mencatatkan tentang kejayaan
hasil perpecahan. Kisah pengajaran yang ditulis adalah tentang betapa buruknya
perpecahan sesama sendiri yang membawa kepada kekalahan dan kehancuran.
Justeru menyedari peri pentingnya perpaduan
bersama, Wanita Kota Bharu mengadakan Perjumpaan Mesra Keluarga Wanita UMNO
Bahagian Kota Bharu yang menemukan sebahagian besar pimpinan peringkat bahagian
dengan pimpinan peringkat cawangan.
Ucaptama telah disempurnakan oleh Ketua
UMNO Bahagian Kota Bharu, Tan Sri Fatmi Che Sallah. Fatmi yang juga Ahli Majlis
Kerja Tertinggi dan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan
menekankan betapa pentingnya perpaduan dan menghargai kerjasama yang diberikan
oleh setiap ahli UMNO, khususnya Wanita dalam memperkasakan parti.
Antara inti pati ucapan Fatmi ialah
menjurus kepada seruan agar seluruh ahli Wanita berpadu dan bersatu sesuai
dengan peranan Wanita sebagai tulang belakang parti. Jika ada masalah, maka
semua kerja tidak menjadi, sedangkan tiada masalah yang tidak dapat
diselesaikan.
Manakala, Pemangku Ketua Wanita, Wan
Salmiah Ab Ghani menyeru kepada semua ahli dapat bersama-sama membantunya demi
untuk kebaikan parti. Sebagai ahli parti, tiada perkara yang lebih penting berbanding
sumbangan yang dapat memperkuatkan parti dan mencapai kejayaan dalam setiap
gerak kerja yang dijalankan.
Semoga Wanita Umno Bahagian Kota Bharu akan menjadi kuat dan dapat mendokong amanat parti dengan lebih cemerlang...
ReplyDeleteRapatkan saf wahai ahli wanita UMNO Bahagian Kota Bharu...
Teruskan langkah bersama dgn penuh yakin dan buang sifat ketidaksamaan..Jangan ada benci dihati..
Demi untuk visi Dulu kini dan selamanya....
Alhamdulillah....
DeleteMoga terus Sukses Dgn Kepimpinan Wan Salmiah Pemangku Ketua Wanita Bhg KB
ReplyDelete