Setiap orang ada perkara atau aktiviti
disukai. Apa yang dilakukan itu tentu ada alasan atau matlamat ingin dicapai.
Bagi Wan Salmiah Ab Ghani, satu kebiasaan
yang dilakukan adalah mengadakan sambutan hari lahir rakan. Kalau pada tarikh
hari lahir itu dia ada kesempatan, maka sambutan itu diadakan pada tarikh
berkenaan.
Namun, kalau tidak sempat, tarikh hadapan beberapa
hari, minggu mahupun bulan, majlis sambutan tetap akan diadakan.
Disebabkan tarikh telah lepas, maka
kesempatan kumpul beberapa rakan yang sambut hari lahir dalam tempoh tersebut
akan diadakan.
Disebabkan sifatnya yang suka mengadakan
sambutan hari lahir untuk rakan-rakan, maka dia digelarkan “menteri hari lahir”.
Bagi Salmiah, dia tidak berkecil hati
dengan gelaran itu. Padanya, sambutan yang dibuat adalah ikhlas untuk
menghargai persahabatan. Meraikan hari “penting” rakan-rakan sebagai tanda
kecaknaan dan akrab hubungan.
Majlis itu juga sebagai tanda kesyukuran
dan menghargai peluang untuk bersama-sama. Satu anugerah yang pernuh bermakna
dapat bersama-sama dengan rakan-rakan untuk mencipta dan mengingati kenangan
indah bersama.
Gambar - Salmiah (paling kanan barisan hadapan) di satu majlis sambutan hari lahir dan kesyukuran.
No comments:
Post a Comment