Sunday, 15 June 2025

MASJID AL-LU'-LU', MUKIM LOAK, BACHOK

 
Masjid Al-Lu'-Lu', Mukim Loak, Bekelam terletak di jajahan Bachok, Kelantan. Masjid ini terletak berhampiran jalan utama Jalan Bukit Marak-Jelawat.
 
Selain dijadikan tempat solat berjemaah lima kali sehari dan aktiviti keagamaan lain, ia menjadi masjid untuk solat Jumaat bagi penduduk Kampung Chap, Kampung Dusun Durian, Kampung Tempoyak dan Kampung Nangka.
 
Masjid ini dibina sekitar tahun 1980-an dan dirasmikan oleh Sultan Kelantan, Tengku Ismail Petra ibni Sultan Yahya Petra pada 27 April 1986.
 
Selari dengan pertambahan penduduk, Masjid Al- Lu' Lu' telah diperbesarkan dengan ruang solat tambahan serta kemudahan masjid yang lain pada tahun 2021. Ubah suai itu memberi keselesaan kepada penduduk yang berurusan di masjid berkenaan.



No comments:

Post a Comment