Monday, 9 June 2025

SEJARAH STESEN KERETA API KUALA LUMPUR

 
Sejarah Stesen Kereta Api Kuala Lumpur bermula pada 22 September 1886 apabila ia mula dirasmikan. Pada ketika itu jalan keretapi yang pertama di antara Bukit Kuda, Kelang dan Kuala Lumpur telah dibuka. 

Bangunan stesen kereta api yang asal dan pertama merupakan bangunan sementara yang dibina daripada kayu dan atap nipah yang sederhana bentuknya,
 
Sejajar dengan pertumbuhan dan perkembangan sistem pengangkutan keretapi dan juga bandar Kuala Lumpur, maka sebuah bangunan baru yang lebih baik dan bersesuaian bagi menampung segala keperluan telah dibina di atas tapak bangunan yang sama.
 
Bangunan ini telah direka pada tahun 1900 dan mengandungi tiga landasan, ruang pejabat yang luas dan bilik menanti, bangsal keretapi serta hotel. Hotel yang mengandungi 30 bilik dan dilengkapi restoran ini merupakan sebahagian daripada bangunan yang sama.
 
Pemangku Arkitek di Jabatan Kerja Raya Persekutuan Tanah Melayu, Arthur Benison Hubback telah dipertanggungjawabkan untuk mereka bentuk bangunan ini. Bentuk dan seni binanya mempunyai unsur-unsur pengaruh keislaman Utara India dan Byzantine-Arabian Night Fantasy. Bangunan ini telah dibuka dengan rasminya pada 1 Ogos 1910.

Stesen ini kekal menjadi stesen utama di Kuala Lumpur sehingga tahuh 2001 apabila KL Sentral yang terletak kira-kira satu kilometer ke selatan mengambil alih peranannya. 

Bermula 15 April 2001, Stesen Kuala Lumpur tidak lagi menjadi hentian perkhidmatan antara bandar atau jarak jauh.
 
Stesen ini masih berfungsi sebagai stesen KTM Komuter yang mula diperkenalkan pada 14 Ogos 1995.

No comments:

Post a Comment