Saturday 11 September 2021

POKOK BUNGA JAMBU KUNING

Satu jenis pokok yang banyak ditaman sebagai pokok hiasan ialah pokok jambu kuning. Biarpun dipanggil pokok jambu kuning, ia bukan sejenis buah jambu.

Pokok jambu kuning dikenali xanthostemon chrysanthus atau golden penda tergolong dalam famili Myrtaceae. Spesies ini berasal dari bahagian utara Australia, New Guinea, Indonesia dan Filipina. 

Pokok jambu kuning merupakan sejenis pokok bersaiz sederhana yang boleh mencapai 30 meter tinggi di kawasan semulajadinya, tetapi biasanya lebih rendah di kawasan taman.

Bunga majmuknya terbentuk secara berkelompok di hujung ranting, berwarna kuning terang dan sangat menyerlah.

Bunganya juga menarik burung dan serangga penghisap madu yang menambahkan lagi kepelbagaian di kawasan landskap.

Xanthostemon chrysanthus boleh dibiakkan melalui biji benih, keratan batang atau anak liar. Spesies ini boleh digunakan sebagai tanaman penghadang, penampan angin atau pokok spesimen hortikultur.

Ia merupakan spesies yang tahan lasak kerana boleh tumbuh dengan baik di kawasan terbuka, tanah berasid dan rentang terhadap pencemaran dan kepanasan.

Pokok ini sering dipilih untuk menghiasi taman, pinggiran jalan, kelab golf dan halaman rumah kerana bunganya yang menarik. 

Pokok jambu kuning menjadi tumpuan kekulut untuk mendapatkan madu dari bunganya. Jadi, ada penternak kelulut yang menanam pokok jambu kuning untuk meningkatkan kuantiti dan kualiti madu kelulut. 

No comments:

Post a Comment