Wednesday 31 May 2023

PANTUN SAKIT, ALLAH MENGUJI KESABARAN KITA

 
Hitam warnanya kulit keranji,
Buah rambutan masaknya merah,
Banyakkan bersabar saat diuji,
Kepada Tuhan kita pasrah.
 
Pokok keranji di hujung desa,
Ditanam oleh tentera Jepun;
Allah uji hendak hapuskan dosa,
Supaya di sana dosa terampun.
 
Pohon teja banyak di hutan,
Terutama sekali tepian lata,
Hadapi sahaja segala kesulitan,
Tuhan menguji kesabaran kita.
 
Banyak jenis bermacam durian,
Tentu pula banyak rasa;
Sakit datang satu ujian,
Takdir Allah hapuskan dosa.
 
Pokok betik di tepi kolah,
Pokok kesum tumbuh serumpun;
Bila sakit ingatkan Allah,
Kepada-Nya kita memohon ampun.
 
Buat rakit di tepi bukit,
Dekat pula pokok sena;
Sudah biasa menanggung sakit,
Moga tiada sakit di sana.
 
Kisah lama jangan diungkit,
Tetap berkawan kekal sahabat;
Terus beusaha ubatkan penyakit,
Jangan lupa banyakkan taubat.

No comments:

Post a Comment