Monday, 27 March 2023

SATE BAUNG PILIHAN PENDUDUK KELANTAN

 
Jika di Selangor ada Sate Kajang, di Kelantan pula terkenal dengan Sate Baung. Nama Sate Baung adalah mengambil nama tempat ia mula diperkenalkan iaitu Kampung Baung. Kampung Baung terletak di Daerah Panji, Jajahan Kota Bharu. Kampung Baung diambil dari nama sebatang sungai yang merentasi kampung tersebut iaitu Sungai Baung.
 
Sate Baung terkenal di negeri Kelantan kerana keenakan kuah serta dagingnya yang empuk, menjadikan ia juadah istimewa, yang wajib dinikmati pada hari pertama sambutan Aidilfitri di Kelantan.
 
Keenakannya membuatkan ia bukan saja terkenal di Kelantan, malah pernah diterbangkan ke Jepun, Australia dan New Zealand, demi memenuhi cita rasa pelanggan setia.
 
Sate Baung boleh dihantar merentasi sempadan negeri dan negara kerana daging dan kuahnya mampu bertahan sehingga tiga minggu, selepas dibakar hingga masak dan disimpan secara sejuk beku.
 
Jenama Sate Baung bukan terhad kepada satu pengeluar sahaja, tetapi kini sudah menjadi satu jenama umum yang digunakan oleh banyak pengusaha sate di Kampung Baung dan tempat-tempat lain di seluruh Kelantan.
 
Sate Baung paling mendapat sambutan pada setiap sambutan Aidilfitri dan Aidiladha sehingga tempahan perlu dibuat awal. Pengusaha sate sudah membuat persediaan untuk memenuhi tempahan dua atau sebulan sebelum tarikh diperlukan.
 
Jenama Sate Baung mula dikenali sejak lebih 20 tahun lalu. Sejak ia semakin dikenali biarpun diusahakan oleh beberapa individu berlainan. Mereka mengekalkan identiti Sate Baung, terutama cita rasa dan kualiti.
 

Thursday, 2 March 2023

Madihah tawarkan diri untuk AJK Wanita UMNO Malaysia

 
Madihah Binti Ab Azizi adalah salah seorang daripada 61 orang calon untuk mengisi 20 jawatan AJK Wanita UMNO Malaysia bagi Penggal 2023-2026.
 
Penyandang jawatan Ketua Wanita UMNO Bahagian Kota Bharu dan bekas calon PRU Ke-13 bagi kerusi DUN Tanjung Mas itu, tidak mempertahankan jawatannya yang disandang 10 tahun itu bagi memberi tumpuan kepada tugas sebagai AJK Wanita UMNO Malaysia jika dipilih oleh perwakilan dari 193 bahagian seluruh Malaysia pada 11 Mac 2023 nanti.
 
Madihah anak jati Jalan Tok Semian, Kota Bharu berkelulusan Master In Training & HRD dari Newport University, Amerika Syarikat sebelum ini banyak terlibat dalam mengendalikan kursus kepimpinan dan latihan kepada pekerja swasta, orang awam, pelajar dan ahli parti.
 
Beliau turut terlibat dalam membantu barisan kepimpinan Wanita Malaysia, sebelum kembali ke Kota Bharu untuk jawatan Ketua Wanita dan tugas di peringkat Perhubungan UMNO Negeri Kelantan.
 
Berbekalkan pengalaman dan iltizam untuk terlibat dalam kepimpinan Wanita Malaysia, Madihah menawarkan diri untuk jawatan AJK Wanita Malaysia dan berharap mendapat restu dan sokongan perwakilan Wanita seluruh Malaysia yang akan mengadakan persidangan dan pemilihan pada 11 Mac nanti.

Beliau merupakan calon tunggal dari Kelantan untuk jawatan berkenaan. Seharusnya seluruh perwakilan di 14 bahagian di Kelantan memberi sokongan padu, selain bahagian lain seluruh Malaysia.  
 
Madihah mendapat nombor calon 24 dalam senarai 51 calon yang menawarkan diri.


Azalina calon nombor 1 Naib Presiden

 
Pemilihan jawatan tertinggi UMNO Peringkat Pusat yang bakal berlangsung pada 18 Mac 2023 untuk Penggal 2023-2026 melibatkan lapan calon menawarkan diri untuk tiga jawatan Naib Presiden. Manakala 95 calon pula menawarkan diri untuk mengisi 25 jawatan Majlis Kerja Tertinggi (MKT).
 
Cabutan nombor calon telah berlangsung pada 2 Mac 2023. Berikut adalah senarai nombor calon yang bertanding.
 
Calon Naib Presiden
1. Azalina Othman Said
2. Mahdzir Bin Khalid
3. Johari Bin Abdul Ghani
4. Mohd Yusof Bin Musa@Jamaludin
5. Wan Rosdy bin Wan Ismail
6. Reezal Merican Bin Naina Merican
7. Mohamed Khaled Bin Nordin
8. Hasni Bin Mohamad

Tiga orang calon mendapat undi tertinggi akan menduduki Kerusi Naib Presiden bagi Penggal 2023-2026
 
Calon Majlis Kerja Tertinggi (MKT)
1. Md Alwi Bin Che Ahmad
2. Mohd Lassim Bin Burhan
3. Lilah Bin Haji Yasin
4. Fathulbari  bin Mat Jahya
5. Syamsul Hidayat Bin Shariff
6. Ahmad Bin Maslan
7. Mohamad Fatmi Bin Che Salleh
8. Jalaluddin Bin Alias
9. Kamaruzzaman Bin Ali
10. Zainal Abidin Bin Jidin
11. Johan Bin Abd Aziz
12. Hasmuni Bin Hassan
13. Rozabil @ Rozamujib Bin Abdul Rahman
14. Lokman Noor Bin Adam
15. Adnan Bin Seman @ Abdullah
16. Mohd Puad Bin Zarkashi
17. Zein Isma Bin Ismail
18. Mohd Arif Bin Abdul Majid
19. Muhamad Faizullah Bin Alkamal
20. Mohd Zaidy Bin Abdul Kadir
21. Mohd Johari Bin Baharum
22. Mat Nazari Bin Ahmad Dahlan
23. Shaik Hussein Bin Mydin
24. Zambry Bin Abd Kadir
25. Samsuri Bin Shahrom
26. Ahmad Jazlan Bin Yaakub
27. Julie Binti Sabran
28. Khairul Azwan Bin Harun
29. Othman Bin Aziz
30. Rosli Bin Othman
31. Moktar Bin Hj Radin
32  Izudin Bin Ishak
33. Zahida Binti Zarik Khan
34. Ahmad Fauzan Bin Kamarudin
35. Azian Bin Osman
36. Hizatul Isham Bin Abdul Jalil
37. Abdul Azeez Bin Abdul Rahim
38. Shamsul Anuar Bin Nasarah
39. Abdul Halim Hafez Bin Abdul Rahman
40. Jamil Khir Bin Bahrom
41. Mohd Zaid Bin Ibrahim
42. Jefridin Bin Atan
43. Rosli Bin Mohd Saleh
44. Mohd Shafei Bin Abdullah
45. Bastien Bin Onn
46. Azlan Bin Man
47. Mohamad Khir Bin Toyo
48. Mohamad Zahir Bin Abdul Khalid
49. Mastura Binti Tan Sri Mohd Yazid
50. Shahaniza Binti Shamsudin
51. Zainal Abidin Bin Mohd Rafique
52. Mohd Fazillah Bin Mohd Ali
53. Musa Bin Mabul
54. Khairul Azmi Bin Mohamad
55. Muhammad Faiz Bin Hashim
56. Mohd Ariffin Bin Nan
57. Mohamed Hazali Bin Abu Hassan
58. Abdul Shukur Bin Idrus
59. Mohd Hazmi Bin Yusof
60. Mohd Najib Bin Mohd Isa
61. Shaiful Hazizy Bin Zainol Abidin
62. Ghazali Bin Ansing
63. Mohd Zainul Fithri Bin Hj Othman
64. Mohd Hasnol Bin Ayub
65. Abd Rahman Bin Dahlan
66. Najmil Faiz Bin Mohamed Aris
67. Mohamad Bin Alamin
68. Muzafar Ali Khan Bin Mohd Sidik
69. Muhamad Muqharrabin Bin Mokhtarudin
70. Mohd Ali Bin Mohamad
71. Abdul Ghani Bin Ngah
72. Hamim Bin Samuri
73. Mohd Razlan Bin Muhamad Rafii
74. Azhar Bin Ahmad
75. Jamal Bin Md Yunos
76. Sohaimi Bin Shahadan
77. Nur Jazlan Bin Mohamad
78. Zakaria Bin Dullah
79. Mohd Rafi Bin Alli Hasan
80. Mohd Sharkar Bin Shamsudin
81. Ahmad Bin Said
82. Hasni Bin Yang Ghazali
83. Abdul Rahman Bin Mohamad
84. Mohamad Fazly Bin Zainudin
85. Rosnah Binti Haji Abd Rashid Shirlin
86. Rosni Binti Sohar
87. Jailani Bin Johari
88. Rais Bin Yassin
89. Johari Bin Yazid
90. Misri Bin Barham
91. Tengku Zafrul Bin Tengku Abdul Aziz
92. Abdul Razak Bin Abdul Rahman
93. Mohd Fuad Bin Tukirin
94. Mohamad Rafi Bin Awg Kechik
95. Suraya Binti Yaakob

25 calon mendapat undi tertinggi akan menduduki Kerusi MKT bagi Penggal 2023-2026

TEROWONG KERETA API DABONG – KUALA GRIS

 
Gua Musang merupakan jajahan paling selatan di Kelantan. Sebelum tahun 1982, satu-satunya jalan penghubung Gua Musang dengan jajahan lain di Kelantan ialah melalui kereta api.
 
Perkhidmatan kereta api amat berjasa kepada Gua Musang dan guru yang berkhidmat di jajahan berkenaan. Ramai guru yang berasal dari jajahan lain menggunakn perkhidmatan kereta api untuk berulang alik.
 
Pada ketika itu, satu gurauan yang sering diungkapkan mengenai perkhidmatan kereta api dari Stesen Kuala Krai ke Stesen Gua Musang ialah perjalanannya mengambil masa lapan hari lapan malam.
 
Woi... jauh benar tu. Bagi mereka yang tidak pernah menggunakan perkhidmatan kereta api itu pasti akan rasa terkejut. Mana mungkin mengambil masa lapan hari lapan malam sedangkan jarak perjalanan hanya kira-kira 100 kilometer sahaja.
 
Sebenarnya yang dikatakan masa lapan hari lapan malam itu ialah kereta api akan melalui sebanyak lapan terowong. Setiap kali memasuki terowong yang gelap dikatakan telah masuk malam.
 
Apabila keluar terowong keadaan cerah dikatakan hari siang. Jadi, lapan kali masuk keluar terowong itu dikatakan telah lapan hari lapan malam.
 
Terowong bermula antara laluan Stesen Manek Urai, Bukit Abu dan Dabong. Terowong itu dipanggil “Bukit Korek” oleh penduduk tempatan.
 
Panjang setiap satu terowong itu antara 50 meter hingga 750 meter melalui  kawasan bukit batu kapur.
 
Terowong nombor lima yang terletak antara Dabong - Kuala Gris merupakan terowong terpanjang iaitu kira-kira 750 meter.