Thursday 9 March 2017

MAKANAN KESIHATAN LELAKI

Jenis makanan mempengaruhi kesihatan atau kekuatan seksual lelaki. Masalah tenaga batin dapat diatasi dengan pengambilan makanan berkhasiat kaya kandungan mineral. Lelaki sihat mampu melaksanakan tanggunajawab dengan sempurna dan membahagiakan isteri. Ini faktor penting rumah tangga kekal aman dan berkualiti.

Antara jenis makanan dicadangkan pakar pemakanan agar diambil setiap lelaki dalam diet seharian ialah:

Buah dan Sayur
Buah-buahan dan sayuran kaya nutrien berfungsi mengelak arteri daripada tersumbat sekali gus membantu mengurangkan risiko sakit jantung dan mati pucuk.

Tomato
Vitamin A dalam tomato membantu mengekalkan kesihatan prostat sekali gus memelihara kesihatan seksual seseorang lelaki.

Kacang
Asid amino arginina yang tinggi di dalam kacang penting untuk sintesis oksida nitrik yang terlibat dalam menjana ereksi.

Labu dan Kuaci
Amat bagus untuk meningkatkan tahap zink yang diperlukan badan untuk meningkatkan kuantiti sperma dan tahap testosteron. Labu dan kuaci sumber utama zink.

Tiram
Makanan laut ini sudah dipercayai sejak turun-temurun sebagai ‘makanan anak jantan’. Tiram yang kaya dengan zink bagus diamalkan untuk memelihara kesihatan seksual lelaki.

Pisang
Pisang kaya Vitamin B bukan sahaja dapat menambahkan tenaga lelaki malahan mampu menambahkan hormon seks lelaki kerana ia juga kaya dengan kalium. Enzim bromelain yang terdapat dalam pisan juga mampu menaikkan nafsu lelaki.

Tongkat Ali
Tongkat ali mampu meningkatkan keinginan seks dan menambah tenaga kelakian kerana peningkatan hormon testosteron kepada lelaki yang mengambilnya.

2 comments: