Penduduk Kelantan banyak menggunakan
perkataan Arab yang disebut mengikut dialek Kelantan sehingga agak berlainan bunyinya. Perkataan buah jabit atau jabik asal perkataan Arab iaitu ‘zabib’ bermaksud buah anggur kering atau kismis.
Perkataan ‘zibib’ telah disarap atau
diterima dalam senarai perkataan Melayu sebagai ‘zabib’ yang ditandakan sebagai
berasal bahasa Arah yang bermaksud ‘buah anggur kering’ atau ‘kismis’.
Dengan kata lain, adalah tepat dan boleh
diterima dalam senarai bahasa Melayu menggunakan perkataan ‘zabib’ untuk merujuk
kepada perkataan ‘anggur kering’.
Orang Kelantan dahulu banyak yang menunut
ilmu di Mekah atau pergi menunaikan haji. Antara cenderahati yang dibawa balik
ialah buah zabib kerana ia tidak rosak biarpun dibawa lama dalam perjalanan.
Namun, buah jabik atau jabit di Kelantan
adalah merujuk secara umum kepada buah anggur. Atau biasa juga perkataan jabik
atau jabit merujuk kepada buah anggur muda yang dijeruk, biasanya dibawa dari
Selatan Thai.
Kayanya bahasa kita.
No comments:
Post a Comment