Wednesday 16 December 2020

UBI YAKON POKOK INSULIN

Pokok yakon atau ubi yakon merupakan sejenis tumbuhan spesis bunga daisi jenis bukan semusim. Ia menghasilkan ubi yang boleh dimakan. Ubinya terasa manis kerana kehadiran inulin (bukan insulin). Dikenali juga dengan nama epal tanah kerana ubinya boleh dimakan segar seperti buah.

Yakon tidak sesuai ditanam di kawasan beriklim tropika. Ia sesuai tumbuh di kawasan yang sejuk dengan sedikit salji seperti di Katmandu, Nepal, bahagian selatan Australia dan New Zealand.

Pokok ubi yakon mula diperkenalkan di Asia oleh negara Jepun dan mula ditanam di negara-negara seperti Korea Selatan, China dan Filipina. Ia merupakan tumbuhan makanan bernutrisi tinggi dan boleh dijadikan makanan suplement untuk kesihatan tubuh badan.

Daun yakon juga dijadikan teh untuk mengawal diabetes. Sebab itu ia juga dikenali sebagai pokok insulin.

Ubi yakon sangat berkhasiat. Ia membantu dalam penghadaman dan sistem gastro manusia, Kandungan fruktooligosakarida yang terdapat dalam ubinya terbina daripada fruktos. Jadi ianya susah terurai dan dapat melalui sistem pencernaan manusia tanpa proses metabolisme.

Kalorinya sangat rendah. tambahan pula kesan probiotik yang terdapat pada fruktooligosakarida dapat dimanafaatkan oleh bakteria yang terdapat dalam usus manusia.


 

No comments:

Post a Comment