Friday 8 October 2021

GENDER KETIGA TIDAK DIIKTIRAF DI MALAYSIA

 
Kewujudan gender ketiga ini tidak hanya melibatkan isu ketidakharmonian dalam kalangan masyarakat, tetapi akan memberi impak yang sangat besar terhadap sistem perundangan sedia ada khususnya perundangan syariah.

Malaysia sentiasa berpegang kepada prinsip sebagai sebuah negara Islam yang mengamalkan prinsip keagamaan dan nilai-nilai budaya tempatan.

Justeru, perlakuan yang bertentangan dengan agama, adat dan budaya seperti Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual (LGBT) dan gender ketiga tidak akan diiktiraf di negara ini.

Pendirian ini selari dengan “Cairo Declaration on Human Rights in Islam’ yang dipersetujui Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) juga menyatakan, segala perkara yang bercanggah dengan syariah Islam tidak boleh diamalkan di sebuah negara Islam. Jadi kempen sedemikian adalah tidak sesuai dalam konteks Malaysia.

Sepertimana Malaysia menolak LGBT begitulah juga Malaysia tidak akan mengiktiraf gender ketiga kerana ia bertentangan dengan fitrah dan syariat Islam.

Terdahulu, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) berhasrat menjalankan kajian mengenai kebolehlaksanaan (research on feasibility) undang-undang khusus di Malaysia bagi mengiktiraf golongan transgender.

Di laman webnya, SUHAKAM mengiklankan kekosongan jawatan penyelidik “bagi menjalankan penyelidikan mengenai kebolehlaksanaan (feasibility) perundangan mengenai pengiktirafan gender ketiga di Malaysia.

Dalam terma rujukan jawatan itu, SUHAKAM berkata, pengiktirafan sah jantina di sisi undang-undang amat penting untuk memastikan golongan transgender mampu “maju dan hidup bermaruah serta menikmati semua hak asasi manusia”.

Gambar putik buah durian belanda sekadar hiasan. 

No comments:

Post a Comment