Monday 29 November 2021

CARA KAWAL HARGA BARANG NAIK MENCANAK MENCUAR

 
Kerajaan digesa memantau dan mengambil tindakan serius terhadap isu harga barangan serta perkhidmatan di pasaran yang didakwa melonjak naik sejak kebelakangan ini.

Golongan yang terkesan teruk berikutan kenaikan harga barang ini adalah mereka yang berpendapatan rendah khususnya kelompok B40, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta penjaja sekali gus meningkatkan kos sara hidup mereka.

Kerajaan juga perlu mengkaji mekanisme kawalan dan tindakan bagi menangani isu ini. Selain mengambil langkah-langkah intervensi yang dapat menjadi solusi kepada isu kenaikan harga barang.

Pemborong dan peniaga terpaksa bergelut untuk menetapkan harga jualan kepada pengguna.

Oleh itu, pemantauan yang menyeluruh dan tindakan penguatkuasaan di lapangan perlu ditingkatkan dari masa ke masa.

Selain itu, kerajaan dicadang untuk melaksanakan sesi libat urus secara berkala dengan pemegang taruh yang dilihat amat signifikan dalam mencari solusi yang tuntas dan efektif.

Tidak boleh dinafikan, harga barang ada kenaikan walaupun tidak sekata, terutamanya apabila kos yang ditanggung oleh peruncit sendiri naik.

Pihak penguat kuasa perlu lebih kerap turun di lapangan untuk mendapat maklumat bagi membantu koordinasi pelbagai agensi untuk berusaha menstabilkan harga.

Walaupun mengambil maklum kenaikan harga komoditi di pasaran antarabangsa di luar kawalan dalaman, faktor pencatutan dalam rantaian nilai (selain peladang/petani dan peruncit) juga tidak boleh ditolak.

Dharapkan aktiviti penguatkuasaan akan terus diperhebat di seluruh saluran rangkaian makanan, dari peladang, pengedar, sehinggalah peruncit bagi memastikan tiada pihak mengambil kesempatan mengaut keuntungan lebih secara salah.

No comments:

Post a Comment