Wednesday, 9 April 2025

PERKHIDMATAN KERETA API KLIA EKSPRES

 
KLIA Ekspres ialah sebuah perkhidmatan kereta api komuter yang menghubungkan KL Sentral dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan KLIA 2.

Perkhidmatan ini merupakan salah satu daripada dua perkhidmatan dikendalikan Express Rail Link Sdn. Bhd. (ERL). Satu lagi disediakan ERL ialah KLIA Transit. Kedua-dua perkhidmatan ini menggunakan landasan yang sama, beza hanya pada stesen hentian.

 
KLIA Ekspres menyediakan perkhidmatan terus dari KL Sentral terus ke KLIA. Sedangkan KLIA Transit berhenti di semua stesen di sepanjang laluan. Terdapat enam stesen KLIA Transit berhenti iaitu, dari utara ke selatan, KL Sentral, Bandar Tasik Selatan, Cyberjaya/Puterajaya, Salak Tinggi, KLIA dan KLIA 2.
 

 
Perkhidmatan komersil pertama KLIA Ekspres bermula pada 14 April 2002. Perjalanan sejauh 57 kilometer dari KL Sentral ke KLIA hanya mengambil masa 28 minit menggunakan KLIA Ekspres.
 
ERL adalah sebuah syarikat swasta milik bersama YTL Corporatian Berhad, Lembaga Tabung Haji dan dan Trisilco Equity Sdn Bhd dengan masing-masing mempunyai nilai pegangan saham sebanyak 50%, 40% dan 10%.
 
Kerajaan Malaysia telah menyerahkan konsesi 30 tahun kepada syarikat tersebut untuk membiayai, membina, mengendali dan mengawal selia sistem dan perkhidmatan landasan kereta api (rel) penghubung Kuala Lumpur-KLIA.
 
Kerja-kerja pembinaan bermula pada bulan Mei 1997 dan siap lima tahun kemudian. Nilai keseluruhan projek tersebut menelan belanja sebanyak RM2.4 bilion.
 

No comments:

Post a Comment