Wednesday 24 November 2021

RIADAH BAIK UNTUK MENJAGA KESIHATAN

 
Aktif atau menyertai sukan tidak semestinya hendak menjadi jaguh dalam sukan tertentu dan mewakili negara. Sebaliknya bersukan atau dipanggil juga riadah adalah keperluan bagi setiap individu yang mendatang banyak kebaikan. 

Budaya bersukan mesti diterapkan menjadi amalan harian atau berkala yang sekurang-kurangnya dilakukan dua tiga kali seminggu. Amalan ini penting untuk kesihatan dan juga membina ketahanan fizikal dan mental.

Satu perkara lagi, bersukan bukan sahaja untuk golongan pelajar dan muda.  Bahkan sebenarnya, bersukan lebih diperlukan oleh golongan usia pertengahan dan warga emas bagi memastikan tahap kesihatan sentiasa dalam keadaan baik. 

Aktiviti riadah amat penting dilakukan golongan warga emas bagi memastikan sentiasa sihat.

Beriadah tidak semesti bermain jenis sukan tertentu, tetapi ia bergantung kepada kesesuaian seperti berjalan, membuat regangan bahagian badan, berkebun dan sebagainya.  

Ada sesetengah individu hanya melakukan riadah setelah disahkan mengidap sesuatu penyakit yang memerlukan dia melakukan riadah sebagai terapi perubatan.

Sepatutnya kita beriadah sepanjang masa kerana dengan cara itu dapat mengurangkan kadar kebarangkalian mengidap penyakit berbahaya.

Mencegah adalah lebih baik daripada berubat. Jadi, sebelum mengidap penyakit, lebih baik kita awal-awal lagi melakukan usaha pencegahan. Namun, jika masih juga mengidap penyakit, itu sudah takdir dan mungkin berpunca sebab-sebab lain.

Sentiasa mengambil peluang untuk melakukan aktiviti riadah, terutama berjalan, satu cara paling mudah dan tidak memerlukan peralatan atau kawasan khusus.

No comments:

Post a Comment