Wednesday, 26 March 2025

REJIMEN PAKAR KERETA API ASKAR WATANIAH

 
Rejiman Pakar Kereta Api (RPKA) Askar Wataniah merupakan salah satu pasukan simpanan di bawah Rejimen Askar Wataniah (RAW). Secara operasinya RPKA diletak di bawah Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD). Anggota RPKA adalah terdiri pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dan mereka yang mempunyai kepakaran pengendalian perkhidmatan kereta api dan kemahiran yang berkaitan.
 
Mereka yang menyertai Askar Wataniah akan didedahkan dengan kemahiran sepertimana anggota tentera tetap. Antara kemahiran yang diajar ialah berkawat, pentadbiran, menembak, pandu arah, rejimental, taktik ilmu perang dan sebagainya.
 
Sebagai anggota RPKA, mereka akan berlatih secara organisasi ketenteraan bagaimana operasi kereta api dapat diteruskan dalam keadaan darurat, peperangan, mogok mahupun bencana. Latihan dikendalikan oleh pegawai dan anggota RAJD.
 
Dalam keadaan yang mana atur gerak anggota simpanan diperlukan, pada ketika itu penugasan mereka adalah sebagai anggota tentera dan segala peraturan dan undang-undang tentera adalah terpakai terhadap mereka.
 
Penubuhan RPKA adalah untuk menjamin operasi kereta api dapat diteruskan dalam keadaan di mana ia tidak dapat dioperasikan dalam keadaan penugasan biasa. 

RPKA yang mula ditubuhkan pada 1 Jan 1965 pernah digerakkan sebagai satu pasukan mengendalikan operasi kereta api sepanuhnya pada 1969 ketika Tragedi 13 Mei 1969.
 
Sepanjang terlibat dalam aktiviti atau penugasan sebagai anggota simpanan, mereka akan dibayar elaun dan menikmati pelbagai kemudahan yang disediakan oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM)




No comments:

Post a Comment