Loji Rawatan Air (LRA) Merbau Chondong dinaik taraf daripada
45 JLH kepada 70 JLH dengan keseluruhan bajet daripada Kerajaan Negeri yang
melibatkan kos projek sebanyak RM9.45 juta.
Projek yang bermula pada November 2024 dan dijangka siap
penghujung 2026 ini akan dapat memenuhi keperluan air bagi kawasan-kawasan yang
terlibat.
Pada masa yang sama, masalah 'air hitam' akibat kehadiran
unsur asing juga akan selesai tatkala selesai sahaja penaiktarafan LRA ini.
Saya juga berasa puas hati setelah dibentangkan status
kemajuan projek dan kemajuan sebenar ditapak yang mendahului jadual. Hal ini
menunjukkan kesungguh AKSB dan juga pihak kontraktor bagi menyelesaikan isu air
di
Peningkatan penghasilan air dari LRA Merbau Chondong bakal
dimanfaatkan penduduk Machang, sebahagian Pasir Puteh dan Kota Bharu Selatan
seperti institusi pengajian UiTM Machang, Kolej Matrikulasi Kelantan dan
Politeknik Kok Lanas dapat menerima perkhidmatan air yang lebih baik kelak.
No comments:
Post a Comment