Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Negeri
Kelantan terus menagihkan bantuan kit makanan pascabanjir bagi meringankan
beban penduduk di kawasan-kawasan terkesan banjir.
Timbalan Pengerusi BSMM Negeri Kelantan, Mohd Rozi Mohd Noor, memberitahu kit makanan tersebut adalah sumbangan daripada beberapa syarikat swasta yang secara berterusan menyalurkan sumbangan kepada mangsa banjir melalui NGO tersebut sejak awal banjir pada 27 November lalu dan sepanjang pascabanjir.
Menurut Rozi, sumbangan daripada pihak swasta itu terus diagihkan diterima dari penyumbang kepada penerima, atau jika dalam kuantiti kecil, akan disimpan seketika untuk menanti peyumbang lain agar apabila diserahkan kepada mangsa banjir dalam kuantiti banyak yang melibatkan sebahagian besar penduduk di satu-satu kampung.
Bagaimanapun katanya, jika sumbangan itu dalam bentuk makanan yang tidak boleh disimpan lama, maka sebaik sumbangan itu diterima akan terus diserahkan kepada penerima yang layak.
“Agihan kepada penduduk dilakukan dengan kerjasama pemimpin setempat yang lebih arif tentang mangsa-mangsa banjir. Pemimpin setempat akan menyediakan senarai nama dan memaklumkan tempat, tarikh dan masa majlis tersebut.” jelas Rozi ketika ditemui di majlis menyerahkan sumbangan kepada 140 ketua isi rumah di Kampung Apa Apa.

No comments:
Post a Comment