Thursday, 5 December 2024

TANAH PERKUBURAN ISLAM TELAGA BINA, BUNUT PAYONG

 
Tanah Perkuburan Islam Telaga Bina terletak di Kampung Bunut Payong, Kota Bharu. Tanah perkuburan ini dipercayai telah wujud kira-kira 100 tahun berdasarkan jenis batu nisan yang terdapat di situ.

Tapak ini masih digunakan untuk mengembumikan jenazah baharu di kalangan penduduk setempat. Ia menjadi pilihan selain Tanah Perkuburan Islam Bunut Payong yang terletak bersebelah Masjid Mukim Bunut Payong.

Tanah perkuburan ini terletak di tepi laluan utama Jalan Kota Bharu-Kuala Krai, bersebelahan Pusat Kraf Bunut Payong yang terletak kira-kira 3.6 kilometer dari pusat bandar Kota Bharu.

Biarpun terletak di tepi laluan utama, ia agak tersembunyi dan banyak orang melalui kawasan tersebut tidak menyedari tentang kewujudan tanah perkuburan di kawasan tersebut. Ini kerana terdapat bangunan di hadapan tanah perkuburan itu yang menghalang pandangan terus dari jalan, kecuali hanya ada satu laluan untuk memasukinya dari jalan utama. Kebiasaan pengunjung ke kawasan perkuburan itu akan menggunakan jalan lain terlebih dahahu sebelum memasuki kawasan perkuburan.

No comments:

Post a Comment