Perjalanan
mesyuarat cawangan-cawangan dalam UMNO Bahagian Kota Bharu untuk tahun 2016
berjalan lancar dan mendapat sambutan menggalakkan daripada ahli-ahli cawangan
berbanding tahun sebelumnya.
Demikian
dijelaskan Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu, Datuk Fatmi Che Salleh dalam satu
pertemuan bersama kepimpinan parti.
"Sambutan
baik ini satu petunujuk bahawa ahli masih sayangkan parti dan tidak terpengaruh
dengan usaha yang dlakukan pihak tertentu untuk merosakkan parti," kata
Fatmi.
Menurutnya
lagi, pekembangan terbaru ini (sambutan baik) perlu diteruskan sehingga
pilihanraya umum akan datang. Usaha perlu terus digembelingkan bagi memastikan
kejayaan.
"Setiap
ahli parti bertanggungjawab untuk mempertahankan parti agar terus utuh dan
mampu meneruskan khidmat kepada rakyat," ujar Fatmi lagi.
Tambahnya
lagi, perancangan yang teliti perlu dilakukan bagi melakukan sebarang gerakerja
parti agar yang yang dilakukan lebih teratur dan mampu mencapai apa yang
dihasratkan.
No comments:
Post a Comment