Tuesday 13 December 2016

Resdung boleh membawa maut

Resdung boleh membawa maut. Maka itu, pesakit resdung perlu mendapat rawatan segera. Jangan anggap mudah masalah resdung. Resdung atau sinusitis merujuk penyakit hidung. 

Punca gejala resdung akibat jangkitan bakteria di hidung dan rongga. Resdung juga menjangkiti mana-mana bahagian badan. Sinus adalah rongga-rongga udara berada di dalam tulang muka, sekeliling hidung dan bahagian badan lain. Rongga pada bahagian muka bersambung ke hidung melalui saluran sangat kecil.

Biasanya lendir dihasilkan rongga pada bahagian hidung setiap masa dan disalirkan ke dalam hidung. 
Jika aliran dari sinus tersumbat maka lendir akan berkumpul seterusnya kuman akan membiak dalam rongga sinus, menyebabkan penghasilan nanah yang busuk dan bengkak akan berlaku di dalam lapisan hidung.

Ramai beranggapan rawatan penyakit resdung mengakibatkan komplikasi kematian, malah tidak kurang juga yang mengatakan bahawa penyakit ini sebenarnya tidak dapat dirawat. Sejauh manakah benarnya tanggapan ini?

Penyakit resdung sememangnya tetap merbahaya kepada mangsa yang dijangkiti. Kerapkali kita terdengar, ada pesakit yang tertanggal telinga, hidung atau botak kepalanya kerana serangan resdung.

Resdung merupakan sejenis penyakit yang merebak secara senyap. Dan apabila pesakit itu menyedari bahayanya, mungkin ia sudah terlambat.

 Mereka yang berisiko:
-  Alah kepada habuk, debu dan asap
-  Elergi kepada makanan laut, pisang dll
-  Mempunyai ketumbuhan dalam hidung
-  Mempunyai dinding pemisah hidung yang bengkok
-  Mereka yang mempunyai dinding hidung yang besar


Resdung yang tidak dirawat dengan sempurna boleh mengakibatkan komplikasi yang serius kepada kank-kanak dan orang dewasa.

Resdung di kalangan kanak-kanak menyebabkan ia merebak ke dalam mata, mengakibatkan jangkitan sellulitis dan nanah (abses) mata. Sekiranya ia dibiarkan, ia boleh menyebabkan mata menjadi buta.

Punca yang menyebabkan kanak-kanak berisiko menjadi buta kerana dinding pemisah ethmoid dengan mata sangat tipis di mana sinus frontal mereka masih belum terbentuk. Sehubungan itu nanah akan dikeluarkan dari rongga mata.


Bagi orang dewasa, nanah dari sinus frontal tidak dapat keluar dari hidung dan akan masuk memenuhi ruang dalam otak. Dinding pemisah ini menjadi semakin tebal dan sinus frontal telah terbentuk dengan sempurna. Bagaimanapun, keadaan ini mengakibatkan ostia tersumbat.

Bahagian sinus maxilla merupakan kawasan yang sering dijangkiti sinusitis. Ini kerana nanah tidak boleh menembusi dinding maxilla yang tebal. Namun, sekiranya nanah merebak ke dalam otak, pesakit perlu menjalani pembedahan sinus frontal dan pembedahan neurosurgery. Bagi kes-kes seumpama ini, kadar kematian meningkat hingga 40%.

Antara tanda awal penyakit sinusitis ialah hidung berhingus, berbau busuk dan tersumbat. Pesakit juga mengalami sakit kepala di bahagian dahi dan pipi terutama sewaktu tunduk dan sujud.

Hingus yang kuning kehijauan juga boleh terkumpul di bahagian tekak menyebabkan tekak sentiasa berkahak dan batuk. Penyakit sinusitis boleh dipastikan dengan melakukan x-ray pada rongga sinus.

Tanda-tanda penyakit resdung mengikut bahagian badan:

Rongga Dahi
- Migrain atau sakit kepala
- Kelemumur atau gatal-gatal kulit kepala
- Keguguran rambut

Rongga Mata
- Gatal mata, mata berair, bengkak atau sakit
- Penglihatan kabur

Rongga Hidung
- Selsema / bersin berpanjangan
- Hidung tersumbat / bernanah / berbau
- Kurang deria bau
- Sakit di pangkal hidung

Rongga Telinga
- Gatal dalam lubang telinga
- Telinga sakit / bernanah / berbau
- Masalah pendengaran


Rongga Pipi
- Masalah jerawat
- Kemerahan di bawah mata dan pipi
- Rasa sakit / gatal di muka

Rongga Mulut
- Gusi bengkak / berdarah / bernanah
- Gigi longgar / sakit

Dada
- Batuk 
- Lelah dan berkahak
- Gatal dalam kerongkong
- Jerawat di tengkuk / dada / belakang
- Gatal-gatal badan

Usus Besar / Kecil
- Pembiakan cacing kerawit
- Buasir  / berak berdarah
- Dubur bengkak


Kaki / Tangan
- Makan air di celah jari
- Kuku makan cekam

No comments:

Post a Comment