Sunday 1 October 2017

PADANG KEMAHKOTAAN TUMPAT

Padang Kemahkotaan Tumpat, satu padang rekriasi semakin menjadi tumpuan penduduk setempat dengan pelbagai aktiviti santai dan berkumpulan. 

Kawasan lapang seluas padang bola sepak betul-betul berhampiran dengan sungai menjadikan Padang Kemahkotaan Tumpat sesuai dijadikan lokasi acara padang dan sungai.

Pembinaan benteng konkrit di tepi sungai memberi keselesaan dan selamat untuk pengunjung berada di tepi sungai. Selain itu ia menjadi pengkalan untuk bot dan perahu berlabuh di situ. 

Tepi tebingan sungai itu dijadikan lokasi pasar terapung. Kawasan tersebut juga dijadikan lokasi perlumbaan perahu panjang.

Dengan daya tarikan itu, Padang Kemahkotaan Tumpat menjadi lokasi kunjungan ramai. 

No comments:

Post a Comment