Monday 10 February 2020

KHASIAT TUMBUHAN SEMULAJADI


Tahukah anda, daripada hampir 7,000 spesies tumbuhan yang hidup melata di negara kita, sekurang-kurangnya 1,230 spesies telah dikenal pasti sebagai tumbuhan ubatan termasuk digunakan sejak turun-temurun dalam rawatan tradisional.

Nama misai kucing, tongkat ali, mengkudu, raja satong, halia padi, ubi jaga, akar seruntun, rancang tembaga, bunga pakma, hulubalang jantan, teja lawang, rempah gunong, nenas batu, kacip fatimah, pegaga, temulawak, cekur, jering, petai, kerdas dan banyak lagi yang lain amat terkenal di kalangan penduduk di Malaysia dan Nusantara ini.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan bahawa 80 peratus daripada masalah kesihatan dunia boleh dirawati dengan ubat berasaskan tumbuhan.

Banyak kesahihan aplikasi tumbuhan dalam penjagaan kesihatan dan kecantikan masyarakat terdahulu telah berjaya dirungkai menerusi perkembangan sains dan teknologi.

Kekayaan khazanah alam ditambah dengan pengetahuan etnobotani masyarakat majmuk dan usaha penyelidikan menjadikan negara kita amat berpotensi memajukan industri herba sebagai sumber kekayaan ekonomi baru negara.

Justeru, kompilasi menarik ini memuatkan huraian botani, taburan spesies, profil kandungan kimia, potensi biologi, khasiat malah petua-petua warisan spesies herba terpilih untuk dikongsi bersama bagi memajukan industri herba tempatan.

Justeru, kebanyakan produk jus pemakanan tambahan atau kesihatan kita menjadikan herba tempatan sebagai sebahagian kandungannya. Pemakanan tambahan ini ternyata memberi kesan penyembuhan atau memberi kesihatan lebih baik kepada pengamalnya. 

Industri ini semakin berkembang dan mendapat permintaan tinggi dari pengguna. Mereka yakin dengan produk tempatan yang tidak mengandungi unsur dadah atau kimia yang mempunyak kesan sampingan. 

Sokonglah industri jus pemakanan tambahan yang semakin meningkat dan mendapat kepercayaan ramai. 

No comments:

Post a Comment