Monday 24 August 2020

LATA KOLAM AIR DERU ECOPARK JERTEH

Satu destinasi pelancongan yang semakin terkenal di Jerteh, Terengganu ialah Lata Kolam Air Deru Ecopark.

Lata Kolam Air Deru Ecopark yang berkeluasan 7 hektar telah dibangunkan pada 2015. Lokasinya terletak bersebelahan dengan La Hot Spring

Terletak kira-kira 35km dari bandar Jerteh dan 98km dari Kota Bharu. Manakala jarak dari Kuala Terengganu pula kira-kira 125km.

Terletak di kawasan Hutan Simpan Gunung Tebu, Hulu Besut, Terengganu, kecantikan dan keindahan persekitaran Lata Kolam Air Deru Ecopark ini bukan sahaja menarik kedatangan pengunjung tempatan, tetapi menjadi persinggahan pelancong luar negara yang mahukan kelainan dalam percutian mereka.

Tarikan utama pengunjung yang datang ke sini sudah semestinya kesegaran air sungai serta mandi-manda di kawasan air terjun yang jernih dan menyejukkan.

Menariknya, di Lata Kolam Air Deru ini turut menyediakan pelbagai jenis penginapan untuk semua jenis pengunjung. Mereka menyediakan penginapan dari jenis cabin dorm, tube lodge, hammock, glamping dan juga perkhemahan.

Lata Kolam merupakan hutan simpan yang kedua di Malaysia diberikan kepercayaan oleh pihak berwajib untuk dijaga dan diuruskan. 

Lata Kolam terdapat 3 fasa iaitu Pengkalan Satu yang sesuai untuk keluarga yang mempunyai anak kecil untuk mandi manda.

Pengkalan Suri pula sesuai untuk dewasa. Kehadiran kanak-kanak perlu ada pengawasan orang dewasa untuk berada di kawasan ini.

Kawasan Lata Kolam pula untuk dewasa dan permainan gelongsor air. Selain bermandi-manda pengunjung juga dapat melakukan aktiviti air. Tunjuk ajar dan bantuan akan disediakan bagi tujuan keselamatan.

Selain menyewa tempat penginapan disediakan, pengunjung juga boleh menggunakan tapak perkhemahan dengan kadar sewa yang berpatutan dan menikmati kemudahan yang lengkap seperti tandas, elektrik dan paip air bersih.




No comments:

Post a Comment